Monday, July 6, 2009

Dewan Seri Harmoni


Dewan Seri Harmoni terletak di aras bawah Asrama Puteri. Dewan yang cukup selesa dan dihias indah. Boleh memuatkan lebih kurang 130 orang dan dilengkapi dengan alatan pembesar suara yang baik. Banyak program daerah diadakan di dewan ini.

Pusat Akses


Pusat Akses terletak di aras satu blok pentadbiran. Memuatkan 10 buah komputer dan digunakan oleh semua warga sekolah.

Wednesday, July 1, 2009

Bilik SALC

Bilik SALC terletak di aras satu blok pentadbiran. Di bawah jagaan Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris. Bilik ini juga digunakan oleh murid - murid dan guru - guru dalam proses pengajaran dan pemelajaran.


Bilik Guru terletak di aras satu blok C. Di dalam bilik guru disediakan tempat perbincangan, bilik kaunseling dan sebuah stor.

Bilik Pemulihan


Bilik Pemulihan terletak di aras 1 blok C berhampiran dengan bilik guru. Bilik dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan murid - murid dan guru - guru.

Bilik Darjah


Terdapat 6 bilik darjah disediakan di sekolah ini dan boleh memuatkan lebih kurang 45 orang orang murid dalam sebuah kelas. Bilik -bilik darjah dihias indah untuk keselesaan murid - murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tuesday, June 30, 2009

Bilik Kemahiran Hidup


Bilik Kemahiran Hidup terletak di aras bawah blok B. Bilik yang serba lengkap ini digunakan oleh guru - guru yang mengajar subjek ini.